Thursday, 30 May 2013

...access...

Assalamualaikum,

Hum hurm hurm...
Tadi lab test 2 rasanya berjalan dengan lancar,
Alhamdulillah..
Aku buat mana yang termampu,
Thanks Ai Chia sebab ajar aku access,
Study last2 minit memang style aku belajar,
Study last2 minit bahaya sebenarnya,
Tapi rasanya kebanyakan pelajar,
Memang suka study last2 minit,
Katanya kalau study awal2 nanti lupa,
Lupa tu sebab niat belajar nak exam,
Bukan nak tambah ilmu,
Huhuu, macam ustazah da pulak,
Eh biarlah,

Mungkin ramai yang tidak tahu aku ni dulu sekolah mana?
Hahaha,
Biarlah rahsia,
Nak tau? Siasat la sendiri..
Hehee...

...malas...

Assalamualaikum...

Aku tak tau la kenapa sifat malas aku kian menjadi jadi,
Kenapa ye?
Kenapa?
Padahal dulu masa matrik,
Aku berazam aku nak jadi rajin,
Tapi malangnya, macam ni la jugak aku,

Aku perhatikan diri aku semakin teruk,
Prestasi aku jatuh,
Disiplin aku kian merudum? Ehh, betul ke,
Nak salahkan sape?
Salah diri sendiri mungkin.
Salah kolej? Ya!
Kenapa?
Sebabnya banyak sangat aktiviti kolej,
Tapi tak kisahlah,
Janji LC ak da cukup 8 jam kredit.

...mengimbau kenangan lama...

Assalamualaikum...

Terimbau kenangan lama,
Kenangan di KMS,
Tak de la lama mana,
Propa je lebih,
Aku x tau nak cakap apa,
Tapi betul la orang cakap,
Walaupun matrik hanya setahun,
Tapi kenangan melebihi setahun kot,
Macam-macam kenangan ada,
Suka-duka, tawa riang...
Best giler zaman matrik,
Tapi hidupmesti diteruskan,
Hahaa, poyo je...

mia, eylia, kawan pertama aku kat matrik eylia tau,
padahal ak x suka dia dulu, hehe 

faiq si ketua praktikum dan aku si penolong praktikum 

abe..err, annoying (dulu la) hahaa, kat kelas A1P1, aku granny, abe grandpa,
sebab kitorang paling tua kat kelas. 

me n aina, masa ni lepas habis pertandingan aerobik 

belajar bersama di saat pspm kian menghampiri... 

2 orang antara yang gila-gila dengan aku eylia n diyan

Sunday, 26 May 2013

...seminggu lagi...

Assalamualaikum...

Tinggal seminggu je lagi kuliah,
Arghhh takutnya,
Ini bermakna tinggal 2 minggu je lagi nak peperiksaan akhir semester,
Lepas tu, dah masuk tahun 2 da,
Oh noo,
Serius takut..
Kenapa la aku ni jenis yang x study awal,
Dari dulu lagi aku macam ni,
Konon nak study awal,
Tapi mesti last-last minit jugak aku study,
Haishh,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau berikanlah aku dapat keputusan yang cemerlang,
Kau berikanlah aku dapat lagi anugerah dekan untuk semester 2 ini,
Aku ingin ibubapa ku tersenyum gembira melihat keputusanku yang cemerlang,
Amin,,,


...belajar demi masa depan...

Assalamualaikum...

Sesungguhnya aku x suka meluahkan perasaan dekat laman sosial,
Rasa macam malu giler kot,
Macam kau sorang jelah yang bahagia kan,
Orang lain x bahagia,
Aku perhatikan budak-budak zaman sekarang ni,
Macam x tau malu pun ada,
Konon la "saya sayang awak"
Habiskan belajar dulu,
Kau ingat dengan sayang kau tu,
Kekal ke sampai akhir hayat,
Kalau pelajaran entah ke mana,

Kalau aku sendiri pun,
Aku tak kan pilih lelaki yang xde masa depan,
Mestilah nak pilih lelaki yang ada masa depan,
So, apa yang penting sekarang ialah..
Menuntutlah ilmu hingga ke liang lahad,
Sesungguhnya orang yang berilmu,
Tidak akan rugi...

...hari gelak sedunia...

Assalamualaikum wbt...

Kalau jumpa 2 budak ni,
Aku mesti x dapat kawal ketawa aku,
Memang kuatlah citer dia..
Hahahahaa,
Memang sakit perut la,
Walaupun kitorang keluar bertiga,
Macam keluar 30 orang bunyi dia,
Hahaa,
Aku ngan acap 1 kolej, 1 uni,
Tapi shera pulak uniten pahang,
Macam mana kami boleh kenal?
Hmm..

Shera ni mmber baik aku sejak sekolah menengah lagi,
Aku x knal pn acap ni sebenarnya,
Acap kira senior aku la kat UKM,
Hubugan shera ngan acap?
Diorang 1 matrik dulu,
Kolej Matrikulasi Melaka,
Shera yang kenalkan aku kat acap,
Lama-lama kitorg pun jadi rapat,
Padahal mula-mula jumpa acap dulu,
Aku malu-malu kot,
Hahaaa,
Kitorang keluar g sunway pyramid..

Dan ada 1 kisah yang buat aku terkejut giler,
Ada mmber aku nama dia Aizat,
Aizat plan ngan shera nak sambut birthday aku awal,
Acap pun tau gak pasal ni,
Bila dah nak balik tu,
Tetibe shera ajak aku g secret,
Dia cakap, mak dia suruh belikan kek,
Aku membebel la kat shera sbb dah nak balik la,
Baru nak beli kek,
Then sampai je SR,
Aku terkejut sbb ada aizat kat situ,
Rupanya diorang plan sabut birthday aku,
Terkejut, terharu, gembira semua ada,
Apa yang penting, segan dan malu tu sentiasa ada,
Hahaa, thanks korang..
Nak tau bila birthday aku yang sebenar?
Jeng jeng jeng, adalah..Hehee...

Terima kasih untuk kek tu dan that purse,
Suka sangat, Hehee... 

Shera si pelawak, Hahaa 

i'm not officially 21 yet 

2 orang yang sentiasa buat aku ketawa, Hahaa 

gelak tak ingat dunia kalau bersama mereka

...dataran putrajaya...

Assalamualaikum...

Hari khamis yg lepas,
Habis je kelas OB,
Aku ngan aisha plan nak keluar makan,
Kitorang dah bosan makan kat dalam UKM,
Kitorang plan nak makan kat secret recipe kat alamanda,
Tapi kitorg terlambat,
Secret dah tutup,
Kitorang pun makan kat mcd,

Lepas kitorang makan,
Kitorang g lepak jap kat dataran putra,
Tak sangka pulak ramai orang kat situ,
Baguslah kan kalau ramai,
Huhuu,
Lepak kejap je tau,
Sebelum kol 12,
Kitorang dah balik,
Lagipun dah lama kami x spend time kat luar,
Disebabkan terlalu busy dengan program kolej.


 me n my bff, aisha...

Thursday, 23 May 2013

...UMK - PULAU PERHENTIAN...

Assalamualaikum wbt...

Pada hujung minggu yang lepas iaitu 17-19 Mei,
Kelab Keusahawanan Kolej Dato' Onn (KUSDO),
Mengadakan program diskusi keusahawanan di UMK,
Dan aku kali ini sebagai bendahari.

Seronok giler kot,
Tujuan aku join program ni sebab nak pergi pulau perhentian je,
Diskusi tu aku x heran sangat laa,
Walaupun perjalanan hampir mngambil masa 8 jam,
Itu aku x kisah la,
Sebab aku tido je dalam bas,
Tapi apa yg memalukan,
Aku ni jenis yg tdo mati,
Sampai je kat Pulau Perhentian,
Dekat 30 minit diorang kejut aku katanya,
Dan aku x bangun-bangun,
Hehee..

Pulau Perhentian cantik giler kot,
Biru je air dia,
Sesungguhnya sangat cantik ciptaan Tuhan,
Buat pertama kalinya aku snorkling,
Dan aku sangat teruja sampai aku pening n mabuk laut,
Tapi aku nampak penyu, ikan depan2,
Wahh, best giler,
Serius!

 
Sesi melawat UMK Bachok, Kelantan dan ketika ini ada sesi perjumpaan dengan TNC tersebut

Bersama bakal MEP Keusahawanan 

Menuju ke bas untuk pergi ke destinasi seterusnya iaitu Pasar Siti Khadijah, Kelantan 

 Masa ni dah lalok giler dah, tak tahan, pening kepala, dah mabuk

Sebelum snorkling 

Bergambar di pintu utama UMK Bachok, Kelantan 

Saya sayang Kelab Keusahawanan Kolej Dato' Onn (KUSDO) 



Tengok, cantikkan pulau perhentian ni, dengan airnya yang biru

Wednesday, 22 May 2013

...Malam Apresiasi Gemilang...

Assalamualaikum wbt...

Pada 13 Mei 2013 berlangsungnya acara kemuncak..
Kemuncak? Apa yang kemuncaknya..
Malam Apresiasi Gemilang (MAG)..
MAG ni merupakan majlis makan malam Kolej Dato' Onn (KDO),
Dan aku selaku Pengarah Program MAG...
Berliku-liku ok nak jadi Pengarah Program ni,
Tapi alhamdulillah la dah lepas...

Terlalu banyak program yang aku join kat KDO ni,
Sampai x terbahagi masa aku untuk akademik,
Ni semua aku buat demi LC,
Demi nak grad,
Alhamdulillah, aku dah berjaya kumpul semua LC,
Dah lengkap 8 jam kredit,
So, tahun dua ni, aku nak tumpukan kat akademik,
Ayah aku bayar yuran untuk belajar,
Bukan untuk program,
Aku x pandai nak bahagikan masa...





kesemua pengarah yang menjayakan MAG

p/s: Malam ni ada postmortem MAG, arghhh.. doakan aku agar aku kuat dan tabah mengahadapi postmortem. ni

...pembentangan powerpoint...

Assalamualaikum wbt...

Tanpa aku sedari,
Dah lama rupanya aku tidak tulis di blog ini,
Malas nak membebel, meratapi nasib lama-lama,
Ok, sekarang ni nak cerita mengenai sesi pembentangan pada minggu sebelum ni.

Aku rasa antara video kumpulan yang menarik ialah kasut dan pakaian tradisional,
Tak hairanlah kalau sir Azzwan cakap video kumpulan diorang antara top 3,
Memang best pun kumpulan dorang punya video.

Kalau kumpulan 9 pulak buat pasal parodi,
Hahahaa, kelakar la diorang,
Syafiqah dia malu2 bila video parodi diorang ditayangkan,
Kalau aku pun malu giler kot,
Hehee, tapi best la, sbb mnghiburkan hati kitorang.

Aku x dapat tengok semua kumpulan yang bentang,
Sebabnya ada kelas,
Masa tu, sir Azzwan puji kumpulan Nasrul,
Sir kata kumpulan diorang antara yang terbaik bentang,
Tahniah...

Keseluruhannya sesi pembentangan hari tu,
Semuanya terbaik,
Tahniah kepada semua kumpulan kerana telah bentang dengan baik.